![]() |
| ( TUUU.. DIAAA..!! GAMBAQ AKU SEKELUARGA) |
OK lah..., aku berasal dari Pulau Mutiara dan kini merantau & bermaustatin di Kedah. Aku telah mula merantau sejak tahun 1998. Sejurus selepas tamat form 5 di Sekolah Abdullah Munshi & memperolehi Sijil SPM aku terus membawa diri ke negeri-negeri orang bagi menempa masa depan dan juga cita-cita yang belum pasti. Mualai dari saat itu, aku mula berlatih berdiri diatas kaki aku sendiri. Yang paling penting aku mula berlatih untuk aku kenai diri aku sendiri dan apa tujuan aku didatangkan kesini. Sepanjang berada di perantauan banyak pahit maung dan manis madu yang dah aku kecapi. Bila aku pikir dan flashback kembali dengan apa yang aku dah harungi sebelum-sebelum ni.., ianya banyak mematangkan dan juga mendewasakan diri aku untuk aku jadikan azimat bagi berhadapan dengan lagak aksi ragam manusia hari ni.
(Keluarga aku di Sg. Gelugur, Pulau Pinang)
(Keluarga mertua aku di Kajang, Selangor... aku kelihatan segar & berseri bila berbaju hijau)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan