Sabtu, 23 Jun 2012

BINI AKU PUNYA BISNES....

Kalau kita tengok dengan taraf hidup hari ni... gaji setakat 3 angka memang susah untuk survive apatah lagi bagi orang yang dah ada anak bini. Teruih terang aku kata, dengan pendapatan aku sebagai penolong pegawai ni pun sekadar cukup-cukup makan untuk aku, isteri dan 2 orang anak-anak aku. Oleh sebab tu lah aku mengalakan bini aku untuk setup bisnes kecil-kecilan yang beroperasi di belakang rumah aku. Alhamdulilah dengan kedudukan rumah aku yang agak strategik (bersebelahan dengan padang permainan dan surau) gerai bini aku mudah dihampiri dan dijadikan port oleh kanak-kanak dan mak kanak-kanak.

Nama 'resak corner' diambil sempena nama taman perumahan aku, Taman Resak, Changlun, Kedah Darul Aman.

Bagi menaikkan seri dan aura gerai bini aku, aku telah design 2 buah banner untuk digantung di gerai tuu.... Lagipun kalau nak berniaga gerai-gerai ditepi jalan, baner atau stremers adalah satu kewajipan bagi mengiklankan produk dan barangan jualan kita pada orang ramai. Cuba tengok baner yang aku hasilkan, amacam orait tak ?

Laksa dan Bubur dibuat oleh jiran aku, & bini aku just makan komisen... boleh gak tolong jiran-jiran aku cari side income.

 Kalau ada sapa-sapa nak mintak tolong design baner atau apa-apa jenis senereka grafik, call aku 013-4338974. Harga kita boleh sembang, jangan takut kita boleh adjust kasi sempoy punya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan