Tak Kenai maka Tak Cinta.... itulah kata pepatah orang tua tua kita yang tak lapuk dek hujan dan lekang dek panas. Untuk lebih telus dan tulus, aku perkenaikan diri aku Ezwan Rosli 013-4338974, mai dari simpang tiga bukit rimau. Salam Perjuangan untuk semua adik beradik, aku seru pada semua "Kembalilah Kita Pada Perjuangan Asal." Tolong faham matlamat kita yang sebenar, Ketepikan pengaruh politik, pangkat, pengaruh dan darjat. Ingatlah bahawa HARTA, WANITA DAN TAKHTA (KUASA) boleh MENGHANCURKAN ALAM DUNIA.
Bangsa Melayu akan layu jika perjuangannya berpanjikan bangsa, Bangsa Melayu hanya akan mekar jika perjuangannya berpanjikan Agama ISLAM. Sahabat-sahabatku.., cuba kita renung sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, baginda adalah dari bangsa Arab tetapi bagaimana Baginda dilayan oleh puak-puak Arab hingga menyebabkan Baginda terpaksa berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. "DAPATKAH BANGSA MENOLONG BANGSA..."
 |
(KATA HANG TUAH: "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA")
MELAYU BERPOTENSI HILANG, KINI NAMA KHATIJAH JADI KATY, JAMIL JADI JAMES,
JOHAN JADI JOHN, KARIM JADI KARL, ZAITUN JADI ZETY, SHARIFAH JADI SHERRY
DAN SUPARMAN DAH JADI SUPERMAN.... |
Perjuangan ini berasal dari guru-guru pondok yang mengabdikan diri mereka pada Dzat Allah. KEMBALILAH KITA PADA FITRAH. INI BUKAN PERJUANGAN SAMSENG, KONGSI GELAP ATAU MAFIA, INI ADALAH PERJUANGAN JIHAD FISABILLILAH !!!
* Janganlah jadi setitik nila yang boleh rosakkan susu sebelangga.